Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

QUALIFIED PERSON DAN DUA BUAH SYARIKAT PEMBINA DIKENAKAN DENDA KOMPAUN
​Bandar Seri Begawan, Hari Selasa, 09 April 2024 bersamaan 29 Ramadhan 1445.

Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) telah mengeluarkan kompaun kepada seorang Qualified Person dan dua buah syarikat pembina atas beberapa kesalahan di bawah Akta Kawalan Bangunan (Penggal 256).

Compound 9 April 2024 Zake Ibrahim_Fajar Alam.jpeg 

2. Arkitek Zake Ibrahim telah dikenakan kompaun berjumlah $4,500 atas kesalahan melaksanakan permohonan Kebenaran Kemajuan dengan tidak mengikut pelan yang diluluskan bagi kemajuan tambahan dan ubahsuai untuk restoran di Kampong Beribi. Kesalahan dengan merujuk di bawah peruntukan Seksyen 13 – Duties of Qualified Person iaitu Seksyen 13(10)(b), Akta Kawalan Bangunan (Penggal 256).

3. Disamping itu juga, Fajar Alam Sdn Bhd sebagai syarikat pembina yang dilantik telah dikenakan kompaun berjumlah $4,500 atas kesalahan melaksanakan kerja-kerja kemajuan tanpa tidak mengikut pelan yang diluluskan iaitu dengan merujuk di bawah peruntukan Seksyen 15 – Duites of builders iaitu Seksyen 15(5), Akta Kawalan Bangunan (Penggal 256). 

Compound 9 April 2024 Digiwave.jpeg

4. Syarikat pembina, Digiwave Contractor & Development juga telah dikenakan kompaun sebanyak $5,000 atas kesalahan melaksanakan aktiviti pembinaan tanpa lesen Pendaftaran yang sah iaitu di bawah seksyen 43(3), Akta Kawalan Bangunan (Penggal 256) bagi kerja-kerja Tambahan dan Ubahsuai ke atas sebuah rumah dua tingkat di Kampong Sungai Hanching, Mukim Berakas. 

5. Orang ramai yang berhasrat untuk membina kemajuan bangunan adalah diperingatkan untuk sentiasa memastikan melantik syarikat pembina yang   mempunyai Lesen pendaftaran Pembina yang sah sepanjang pembinaan dan memastikan penerimaan kesiapan kemajuan bangunan dari Qualified Person dan Pembina adalah mengikut pelan kemajuan yang telah diluluskan.

6. Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengesyaki mana-mana syarikat atau individu yang menawarkan perkhidmatan pembinaan tanpa lesen yang sah  hendaklah menghubungi Hotline ABCi ditalian +673 8140365  atau emel abci.customerservice@mod.gov.bn

7.  Untuk Peringatan, sebarang kemajuan kerja-kerja bangunan termasuk kerja tanah hendaklah mematuhi Akta Kawalan Bangunan (Penggal 256) dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bangunan serta garispanduan dan piawaian berkaitan yang berjalan pada masa ini.

Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang di www.abci.gov.bn.


Attachments